Abdul H. Jaffar
RealTraderCommunity Blog > Berita Terkini > AS – China Setuju Gencatan 90 Hari

AS – China Setuju Gencatan 90 Hari

Persidangan G20 yang berlansung di Buenos Aires, Argentina hujung minggu lalu, berakhir dengan harapan baru untuk para pelabur apabila Presiden AS, Donald Trump bersetuju untuk mengekalkan tarif atas barangan China yang bernilai lebih $200 billion Dollar pada 10% apabila tahun baru 2019 bermula. Sebelum daripada ini, Trump mengancam untuk menaikkan tarif kepada 25% untuk mengimbangi ketidakstabilan dagangan dua-hala antara AS dan China. Pada masa yang sama, Presiden China Xi-Ping juga bersetuju untuk mengimpot lebih banyak barangan pertanian, tenaga, dan industri dari AS sekiranya tarif dikekalkan.

Gencatan selama 90 hari itu adalah bagi membolehkan kedua-dua belah pihak berbincang dengan lebih lanjut akan terma perdagangan yang lebih baik untuk kedua-dua buah negara. Presiden Trump dilaporkan berkata hubungan istimewa dengan China boleh membuahkan sesuatu yang baik untuk AS dan China. Presiden Xi pula dilaporkan berkata bahawa hanya dengan kerjasama mereka boleh mencapai keamanan dan kesejahteraan. Selepas 90 hari, sekiranya persetujuan gagal dicapai, tarif akan dinaikkan kepada 25%.

Berita ini disambut baik oleh pasaran saham global, apabila indeks utama dunia seperti Nikkei, Dow, SP500, Nasdaq, FTSE, DAX malah KLCI membuka minggu dengan minat bidaan. Matawang pasangan Yen, hampir semuanya membuka dengan “gap up”. Presiden Trump menyifatkan persidangan G20 amat berjaya, namun terrpaksa membatalkan sidang media beliau apabila mendapat tahu tentang kematian bekas Presiden AS, George H.W Bush. Presiden AS yang ke-41 itu meninggal dunia pada usia 94 tahun ekoran sakit tua.

 

No rating results yet