Abdul H. Jaffar
RealTraderCommunity Blog > Analysis and Insight > BoC Dijangka Kekalkan Kadar

BoC Dijangka Kekalkan Kadar

Bank Pusat Kanada, BoC, dalam mesyuarat kadarnya hari ini, Rabu 5 Disember; dijangka mengekalkan kadar faedah pada 1.75%. BoC dalam keputusan kadar sebelum ini, pada 24 Oktober lalu, telah pun menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas. Kenaikan yang dijangka pasaran itu adalah merupakan kenaikan ketiga pada tahun ini dan yang tertinggi sejak krisis kewangan 2008. BoC dalam kenyataannya ketika itu mengatakan bahawa lebih banyak kenaikan diperlukan untuk mencapai sasaran inflasi sebanyak 2%; selepas ekonomi Kanada bertambah baik dan kesan perjanjian AS-Mexico-Canada (USMCA) yang menggantikan NAFTA dapat dilihat nanti.

Dalam mesyaurat kadar BoC sebelum ini, CAD/JPY telah melonjak lebih 90 pips (hari Rabu), sebelum dealer melakukan “wash and rinse” (Khamis, Jumaat) dan kemudian memacu naik lebih 200 pips selama 9 hari. (Semak carta harian, 2018.10.24 – 2018.11.08).

CAD yang banyak terkesan dari kejatuhan harga minyak mentah, menghadapi laluan sukar untuk terus disokong pelabur. Pasaran hadapan dan opsyen masih meletakkan CAD dalam mood jualan. Walaupun minggu ini CAD/JPY membuka dengan “gap-up”, saya melihat dealer akan melakukan perkara yang sama seperti sebelum ini.

Besar kemungkinan ianya akan melonjak ke paras 85.60/80 sebelum merudum semula untuk menguji uptrend line mingguan, sekitar 84/84.20. (semak carta mingguan, trendline dari 2016.11.06 – 2018.03.18). Sekiranya mesyuarat OPEC Khamis esok, berjaya mencapai kata sepakat dalam pengurangan pengeluaran, ianya boleh mendorong pelabur membida semula matawang Kanada ini.

 

No rating results yet