Abdul H. Jaffar
RealTraderCommunity Blog > Analysis and Insight > BoJ Mengurangkan Pembelian JGB

BoJ Mengurangkan Pembelian JGB

Matawang negara matahari terbit, Yen Jepun, dijangka sedikit lemah selepas langkah Bank Pusat Jepun, BoJ, yang mengurangkan pembelian bon kerajaan Jepun, JGB, di pasaran modal. Dalam operasi Rinban hari ini, BoJ dilihat membeli sekitar 25 billion Yen ($221 juta) bon JGB dan 200 billion Yen ($1.77 billion) niaga hadapan bon JGB yang berjangka masa 10-25 tahun. Dalam rancangannya untuk bulan Disember, BoJ mensasarkan pembelian sebanyak 200 billion Yen berbanding 180 billion Yen pada setiap operasi.

Namun jumlah operasi dikurangkan daripada lime kepada empat sahaja. Ini menjadikan jumlah pembelian balik sebanyak 800 billion berbanding 900 billion Yen sebelum ini. Pengurangan lebih 11% itu lebih besar daripada pengurangan yang biasa dilakukan BoJ, sekitar 3-5% sahaja. Saya melihat pengurangan pembelian ini akan melemahkan Yen dalam masa terdekat. Namun tindakan BoJ yang terus membeli JGB dan sentimen risiko yang sedikit lemah, serta musim percukaian Jepun yang bakal tiba tidak lama lagi; akan terus mendorong permintaan yang stabil untuk Yen.

BoJ telah menerima kritikan hebat sejak kebelakangan ini, selepas tindakannya yang menurunkan kadar dibawah sifar dilihat tidak begitu berkesan dalam menjana ekonomi negara tersebut. KDNK Jepun berkembang sekitar 0.3% sahaja pada suku ketiga tahun ini berbanding suku ketiga tahun lepas. Kini ianya berada lebih rendah daripada paras sebelum kadar dibawah sifar dimulakan pada tahun 2016.

Atas dasar inilah pengkritik melihat BoJ perlu menaikkan kadar kerana kadar negatif merugikan institusi kewangan Jepun dalam jangka masa panjang. Kadar negatif yang merupakan fenomena terbaru dalam industri kewangan dunia, merugikan pemilik modal kerana tidak mendapat sebarang pulangan dari pinjaman; malah terpaksa membayar upah perkhidmatan untuk menyimpan modal tersebut di bank. Ramai penganalisis Islam juga berpendapat bahawa ini adalah bukti kegagalan sistem riba dalam menjana ekonomi yang mampan.

 

 

 

 

 

 

 

No rating results yet