Abdul H. Jaffar
RealTraderCommunity Blog > Analysis and Insight > Credit Agricole Terus Membeli EUR/CHF

Credit Agricole Terus Membeli EUR/CHF

Credit Agricole, sebuah bank pelaburan utama Perancis, dalam laporannya kepada pelanggan hari ini, mengekalkan saranannya untuk terus membeli pasangan matawang EUR/CHF. Bank itu dalam laporannya menyebut bahawa momentum perkembangan ekonomi Switzerland yang semakin perlahan, akan terus mendorong Bank Pusat Switzerland (SNB) untuk mengekalkan polisi kewangan sedia ada, yakni kadar negatif pada -0.75% dan campur tangan dalam pasaran matawang.

Credit Agricole berkata lagi bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) dilihat akan meneruskan pengetatan polisi kewangan seperti yang dirancangkan. Inflasi Euro Zon yang kini telah pun berada pada paras yang dikehendaki, sebanyak 2%, akan terus dipantau ECB sebelum mereka menormalkan kadar faedah. Keadaan ini menurut Credit Agricole, mendorong mereka membeli EUR/CHF pada kadar 1.1295 dengan ‘Stop Loss’ 1.0920 pada Ogos lalu.

Credit Agricole meletakkan sasaran jangka panjang pada 1.1950 dan saya melihat sasaran 1.1580 dalam tempoh 30-50 hari. Laluan ke atas kelihatan sukar buat masa ini selama mana masih di bawah pivot bulanan, sekitar 1.1405, terutamanya jika sentimen risiko berubah dan mendorong pelabur membeli ‘safe haven’ CHF.

 

5/5 (1)