Abdul H. Jaffar
RealTraderCommunity Blog > Analysis and Insight > G20, Buenos Aires Dan Kiwi

G20, Buenos Aires Dan Kiwi

Mesyuarat G20 pada hujung minggu ini bakal menjadi satu mesyuarat yang penting untuk para trader, terutamanya trader matawang dan komoditi. Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Ping dijangka bertemu bagi membincangkan terma dagangan AS-China. Tema utama itu, disamping perkara pembangunan dan ekonomi 20 negara-negara anggota, dilihat bakal mempengaruhi nilai matawang komoditi seperti AUD, NZD, CAD dan beberapa matawang utama Amerika Selatan seperti Peso Mexico dan Argentina, serta Real Brazil.

Sekiranya mesyuarat G20 minggu ini gagal mencapai sebarang kata sepakat dan meredakan ketegangan, matawang komoditi dilihat bakal merudum, terutamanya pasangan AUD dan NZD. NZD/USD (Kiwi) yang telah memacu naik lebih 450 pips atau hampir 5% dari paras terendah tahun ini, atas sentimen risiko dan harapan G20, boleh berundur ke serendah 0.6650 sekiranya perjumpaan Trump-Xi gagal. Sekiranya ia berhasil, Kiwi dilihat boleh memacu sejauh 0.6950/80 sebelum menghadapi rintangan jualan.

Dalam satu perkembangan terbaru, Presiden AS Donald Trump membatalkan perjumpaan bersama Presiden Russia Vladimir Putin yang dijadualkan pada mesyuarat G20 itu. Trump yang sedang dalam perjalanan ke Buenos Aires, Argentina, Khamis semalam; dilaporkan membuat keputusan saat akhir, apabila mendapat tahu tentang ketegangan yang kembali antara Russia dan Ukraine. Awal minggu ini, Russia dilaporkan telah menyita tiga buah kapal perang Ukraine, selepas ianya dipercayai telah menceroboh perairan Russia di Laut Hitam. Ukraine dalam tindakan balas telah meminta bantuan NATO dan mengisytiahrkan darurat.

 

 

 

No rating results yet