Abdul H. Jaffar
RealTraderCommunity Blog > Analisa Mingguan > Laporan Mingguan Komitmen Pedagang

Laporan Mingguan Komitmen Pedagang

Laporan mingguan komitmen pedagang atau dikenali juga dengan CoT, “Commitment of Traders”, yang berakhir pada Selasa minggu lepas, 20 November, menunjukkan kedudukan spekulator adalah seperti berikut:

CoT DXY EUR JPY GBP CHF CAD AUD WTI XAU
Net +43.2K -47.2K -100.1K -43.5K -19.6K -6.3K -59.2K +367.2K +8.9K
Delta -0.5K -0.2K +2.2K +3.6K -1K -3.5K +0.6K -14K +18.1K

 

Spekulator membeli matawang JPY, GBP, AUD, dan Emas dengan kedudukan bersih yang masih berada dalam mood jualan; kecuali emas yang telah berubah dari jualan bersih kepada belian bersih. Dengan kata lain, terdapat spekulator yang mula menutup kontrak jualan mereka.

Spekulator menambah kontrak jualan mereka dalam EUR, CHF, dan CAD disamping menjual Indeks Dollar (DXY) dan minyak mentah (WTI) bagi menutup sedikit kontrak belian mereka.

Spekulator juga didapati menambah kontrak belian mereka dalam Indeks saham S&P500, dari 201.4 ribu kepada 224.3 ribu. Pertambahan sebanyak 22.9 ribu.

No rating results yet