Abdul H. Jaffar
RealTraderCommunity Blog > Analisa Mingguan > Laporan Mingguan Komitmen Pedagang

Laporan Mingguan Komitmen Pedagang

Laporan mingguan komitmen pedagang atau dikenali juga dengan CoT, “Commitment of Traders”, yang berakhir pada Selasa minggu lepas, 27 November, menunjukkan kedudukan spekulator adalah seperti berikut:

CoT DXY EUR JPY GBP CHF CAD AUD WTI XAU
Net +39.3 -55.1K -104.3K -39.1K -21.1K -8.6K -53.9K +348.1K +1.9K
Delta -33 -7.8K -4.3K +4.3K -1.4K -2.3K +5.3K -19.1K -7K

 

Spekulator terus membeli matawang GBP dan AUD. dan menjual minyak mentah serta emas untuk mengurangkan kontrak jualan dan belian masing-masing. Kontrak jualan GBP dikurangkan sebanyak 4,328 dan AUD sebanyak 5,277; manakala kontrak belian minyak mentah (WTI) dan emas, masing-masing dikurangkan sebanyak 19,066 dan 7,025 kontrak. Kontrak belian USD hanya dikurangkan sedikit sahaja sebanyak 33 kontrak.

Spekulator terus menambah kontrak jualan mereka dalam EUR, JPY, CHF, dan CAD; masing-masing menambah jualan sebanyak 7,842; 4,259; 1,443 dan 2,341 kontrak. Untuk makluman, EUR kini berada pada tahap jualan maksima semenjak 7 Mac 2017, dimana jualan ketika itu berjumlah 59,501 kontrak.

Spekulator juga didapati mengurangkan kontrak belian mereka dalam Indeks saham S&P500, dari 224,270 kepada 215,357 kontrak. Pengurangan sebanyak 8,913 kontrak.

No rating results yet