Abdul H. Jaffar
RealTraderCommunity Blog > Analisa Harian > 3/12: Laporan Sentimen Harian

3/12: Laporan Sentimen Harian

Berikut adalah laporan sentimen harian ketika pasaran ditutup pada Isnin, 3 Disember 2018:

BUY XAU CHF GBP AUD JPY CAD EUR USD SELL

 

Saranan Instrumen dan strategi dagangan harian untuk 4 Disember 2018:

PASANGAN STRATEGI
XAU/USD BUY
XAU/EUR BUY
USD/CHF SELL
GBP/USD BUY
EUR/CHF SELL
XAU/CAD BUY
XAU/JPY BUY
AUD/USD BUY
EUR/GBP SELL
CAD/CHF SELL

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang.

Laporan sentimen harian ini dirumus dari pelbagai sumber pembekal kecairan, “Liquidity Providers” dan mengukur sentimen pasaran ketika London/New York ditutup. 8 matawang utama – USD, EUR, JPY, GBP, CHF, CAD, AUD, dan XAU – dipilih untuk dijadikan penanda aras sentimen pasaran matawang pada hari tersebut. Ianya tidak berdasarkan kekuatan harga, trend atau bacaan teknikal, tetapi berdasarkan “supply and demand” serta “order flow” di pasaran utama.

Berikut adalah contoh sentimen harian ketika pasaran ditutup:

BUY XAU GBP CHF AUD JPY CAD EUR USD SELL

 

Cara Menggunakannya:

Oleh kerana sentimen harian ini mengukur minat belian dan jualan spekulator pada hari itu, maka ianya lebih berkesan untuk dagangan harian, atau “day trading”. Namun demikian, terdapat juga ‘swing trader’ yang menggunakannya untuk mengesahkan trend. Dalam contoh di atas, minat belian paling tinggi dilihat pada Emas (XAU), GBP dan CHF. Manakala minat jualan paling tinggi dilihat pada USD, EUR, dan CAD.

Jadi pada hari berikutnya, dagangan yang lebih berkebarangkalian tinggi, “high probability”, adalah yang beza sentimenya sebanyak 5-6 blok. Dalam contoh di atas, berikut adalah rumusannya:

PASANGAN STRATEGI
XAU/USD BUY
XAU/EUR BUY
GBP/USD BUY

 

Dagangan dengan kebarangkalian sederhana, “medium probability”, adalah yang beza sentimenya sebanyak 3-4 blok. Dalam contoh di atas, berikut adalah rumusannya:

PASANGAN STRATEGI
XAU/JPY BUY
XAU/CAD BUY
USD/CHF SELL
AUD/USD BUY
EUR/GBP SELL
GBP/CAD BUY
EUR/CHF SELL

 

Dengan kata lain, semakin jauh perbezaan sentimennya, semakin tinggi kebarangkalian untuk dagangan tersebut mencapai sasaran. Namun ini bukanlah suatu jaminan kerana pasaran yang bersifat dinamik dan boleh berubah secara tiba-tiba. Terutamanya apabila berlaku suatu peristiwa diluar jangkaan pasaran. Kerana itulah analisa fundamental dan teknikal masih perlu diambil kira sebelum membuat keputusan muktamad.

 

 

No rating results yet