Abdul H. Jaffar
RealTraderCommunity Blog > Analisa Mingguan > Minggu 48: Pandangan Trader

Minggu 48: Pandangan Trader

Ulasan Mingguan

Pasaran niaga hadapan ditutup lemah minggu lepas, turun 0.91% di bawah sifar pada hari Jumaat, dengan daging (+0.38%) dan kewangan (+0.03%) mengetuai kompleks dagangan, sementara barangan lembut (-1.27%) dan tenaga (-4.67%) ketinggalan. ,Niaga hadapan matawang menyaksikan permintaan yang lebih tinggi untuk Dollar Kanada (+0.38%) dan Amerika (+0.25%), manakala Euro (-0.50%) dan Peso Mexico (-0.71%) ketinggalan.

Sentimen pelabur yang diukur oleh CNN Fear & Greed Index, menunjukkan pasaran yang semakin tertekan dan risau dengan risiko perkembangan ekonomi global yang dijangka menguncup pada tahun depan, terutamanya ekonomi terbesar dunia – Amerika Syarikat. Skor CNN Index itu turun dari 10 pada minggu sebelumnya kepada 9 pada hari Jumaat. Skor dengan trend menurun ini, memberi isyarat bahawa produk kewangan, seperti bon dan logam berharaga akan terus mendapat permintaan.

Pasaran agak lembap pada minggu lepas, apabila Amerika Utara bercuti sempena Hari Kesyukuran. Perang dagang AS-China kembali panas apabila Rumah Putih mengeluarkan kenyataan kepada sekutunya supaya memboikot barangan telekomunikasi dari syarikat gergasi milik China, Huawei Technologies. Pasaran hanya sedikit teruja apabila draf Brexit dipersetujui oleh EU dan UK, sekaligus menyaksikan Pound melonjak, walaupun kemudiannya berundur pada hari Jumaat.

Pandangan Mingguan

Minggu ini dilihat bakal menjadi minggu yang penting untuk Dollar AS, dengan pelbagai data ekonomi berimpak tinggi yang bakal dilaporkan. Keyakikan pengguna AS dijangka melemah dari 137.9 kepada 135.5 mata, KDNK dijangka lebih baik dari 3.5% kepada 3.6%, jualan rumah baru dijangka meningkat dari 553 ribu kepada 583 ribu unit, dan jualan rumah sedang dibina juga dijangka meningkat dari 0.5% kepada 0.8%. Disamping itu, negara jiran AS, Kanada bakal melaporkan KDNK yang dijangka stabil pada 0.1%.

Eropah, dengan Jerman bakal melaporkan iklim perniagaan Jerman yang dijangka melemah dari 102.8 kepada 102.3 mata dan perubahan pengangguran yang dijangka lebih baik dari 11 ribu di bawah sifar kepada 10 ribu di bawah sifar. Manakala UK, dengan Gabenor BoE Mark Carney pula bakal berucap pada Isnin. Beliau dilihat akan memberi maklum balas terhadap perjanjian Brexit yang telah pun dimeterai Ahad semalam di Brussels, Belgium.

Asia pula bakal diwarnai oleh ucapan Gabenor RBNZ Adrian Orr, sebelum laporan kestabilan kewangan New Zealand disiarkan. Beliau dijangka memberikan rancangan RBNZ dalam menghadapi suasana ekonomi global. China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia, pula bakal melaporkan data pembuatan yang dijangka stabil pada 50.2 mata.

Pelabur saham-saham mewah dijangka berminat dengan saham-saham seperti Telestra (TRS), Bank of Nova Scotia (BNS), Salesforce (CRM), Royal Bank of Canada (RY), Toronto Dominion Bank (TD), Hewlett Packard (HPQ), Canadian Imperial Bank (CM), Workday (WDAY) dan Rockwell (COL) yang bakal melaporkan pendapatan mereka pada minggu ini.

Selamat Berdagang!

 

No rating results yet